Lirik Lagu Rilex – 5forty2

Lirik Lagu Rilex – 5forty2

Cikgu masuk kut depan ko da usha pintu blakang
Pasal kepala kosong sume kelas dier nak tuang
Syok picnic kat tandas takpon gi panjat pagar
Rilek laa pe sangat yang cikgu tu nak ajar
Rilex-rilex homework tu hantar minggu depan kan
Watpe nak keco-keco tak siap pon takpe kan
Kan da kate paling teruk pun kene denda
Ketuk ketampi ala kate da remaja
Time nak dekat exam orang len sume busy
Ko lak bleh dok lepak-lepak goyang kaki
Toyol dalam poket tunggu masa nak beraksi
Skali pengawas bawak jin haa jawab la sendri
Ko terbaek dari ladang, banyak makan pastu tido
Da puas kene sekolah buat gak muka poyo
Haa lantak laa kalo rilex dulu katenyer
Malas nak citer kalo tu falsafah dier

Rilex, rilex semua benda engkau main tibai
Rilex, rilex memang otak kau tu tak boleh pakai
Rilex, rilex kau tak kisah semuanya kau bedal
Rilex, rilex dah tersungkur baru kau nak menyesal

Suruh cari kerja, dia buat malas-malas
Macam-macam alasan dia kata tak rasa rimas
Bila orang pesan cari duit dia abaikan
Langsung takde riak muka dia tertekan
Skali dapat job, ngko riak cakap takbur
Bangga diri memang tak ingat kat liang kubur
Tapi kerja tunggang langgang berterabur
Cuma pandai bodek cakap pun bersembur
Berhibur diri kt kompleks waktu bekerja
Diri pokai bajet ciput sebab habis berbelanja
Apa ngko ingat ngko tu kerabat anak raja?
Konon anak manja kompeni tu ko yg punya?
Camtu gaya memang ko tak leh disimpan
Kompeni makin mundur tak maju ke hadapan
Balik-balik opis atas meja dpt surat resign
Hah tu la relaks sangat, tak ingat masa depan

Rilex, rilex semua benda engkau main tibai
Rilex, rilex memang otak kau tu tak boleh pakai
Rilex, rilex kau tak kisah semuanya kau bedal
Rilex, rilex dah tersungkur baru kau nak menyesal

Duduk duduk die mula bukak cerita
Asyik sibuk sebut pasal hal ehwal rumah tangga
Masa zaman muda seronok sgt cuci mata
Tengok sana sini teman banyak tak terkira
Disuruh cari calon nanti dulu katanya
Kalau gelojoh sangat nanti putih mata
Relaks lar, nak pancing ikan ada caranyer
Dengan megah die kuarkan kata kata
Sorang sorang melepas takde pun yang sangkut
Rileks, aku belum kuarkan ayat maut
Umur masuk 30,dah mula berjanggut
Bila mak tanya,”releks,jangan dok kalut”
Relaks, although duit tak pernah nak cukup
Janji nanti kawin, ni bukan citer letup
Skang menyesal, mencari cari si dia
Padan muka membujang lah ko sampai ke tua

Rilex, rilex semua benda engkau main tibai
Rilex, rilex memang otak kau tu tak boleh pakai
Rilex, rilex kau tak kisah semuanya kau bedal
Rilex, rilex dah tersungkur baru kau nak menyesal

Dalam dia rilek-rilek dalam dia main-main
Dah nama manusia mana boleh tak kahwin
Takut nanti terlajak jadi plak bujang lapok
jadi kemaruk asap keluar angin dah masuk
Lepas kahwin makin rilek hidup makin santai
Baju dibasuhkan orang mopkan lantai
Lauk dah tersedia tunggu masa nak makan
Rilek tido tengah hari baru nak sarapan
Isteri pergi kerja, dia duduk rumah
Depan TV bertapa, kunyah biskut murah
(Muka ada senyum) hati terus riang
Sampai tiba satu hari isteri naik bengang
Apa lagi bergaduh, isteri mintak cerai
Sebab dia punya rilek rumahtangga berderai
Nak rilek tu boleh cuma jangan slalu sangat
Peluang hidup sekali bukan dua tiga empat

Rilex, rilex semua benda engkau main tibai
Rilex, rilex memang otak kau tu tak boleh pakai
Rilex, rilex kau tak kisah semuanya kau bedal
Rilex, rilex dah tersungkur baru kau nak menyesal

This entry was posted in 5forty2, Lirik Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>