Lirik Lagu Isteri Solehah – Mawaddah

Lirik Lagu Isteri Solehah – Mawaddah

Isteri yang solehah sentiasa taat
Pada allah dan patuh dengan suaminya
Suami yang bersalah sentiasa diberi maaf
Cemburu dengan suami tiada dalam sikapnya
Kepulangan suami disambut senyum penuh hormat

Kekurangan yang diberi dari suaminya
Tidak pernah ia menyanggahnya
Merasa puas dengan pemberian suami
Kesalahan suami didoakan pada tuhannya

Dengan suaminya sentiasa berbaik sangka
Redho dengan pemberiannya
Sekalipun banyak kekurangan
Sentiasa simpati dengan kesusahan
Simpati dengan kesusahan suaminya

Kebuntuan suami diberi semangat dengan
Kata-katanya suami mendapat
Semangat dari isteri yang bertimbang rasa
Suami mendapat inspirasi bila bersamanya

Begitulah sifat isteri yang solehah
Susah senang diharungi dengan bahagia
Cemburu tiada dalam kamus hidupnya
Suami turut cinta dan bertimbang rasa padanya

This entry was posted in Lirik Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>