Biodata Izreen Azminda (Cikgu Zakiah)

Gambar Izreen Azmida Bertudung
NAMA: Izreen Azminda Aznam
USIA: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 30 Ogos 1985
TEMPAT LAHIR: Kangar, Perlis
DRAMA: Sesuci Cinta Sofia, CID 3278, Gerak Khas, Atiqah Najwa 2, Dilema Wanita, Air Mata Maria, Pasrah, Pria, Bella, Gila Auto Cinta, Apa Kata Cinta, Sedetik Aku Berpaling, Nenek Kebaya, Puteri Arora Beradu, Ragam Menantu, Gelora Di Hati Sara, Pasukan Gerakan Marin dan Isabella
FILEM: Nana Tanjung 2 dan Otai
PROGRAM: Seekers (musim keenam) & In Trend
PENDIDIKAN: Diploma Kewartawanan Integratif, Institut Media Integratif Malaysia (MIIM).
PENCAPAIAN: Tempat Ketiga, Dewi Remaja 2005/2006

Bagi satu-satunya teraju utama wanita dalam drama Juvana, Izreen Azminda, tempoh empat tahun dia menjadi penyeri dunia hiburan tanah air belum cukup kuat untuk mengangkat namanya sebaris aktres popular lain.

Dia bebas daripada dihimpit kontroversi murahan. Mungkin itu menjadi penyebab mengapa nama Izreen kurang menonjol meskipun pernah membintangi drama dan filem popular seperti drama Nenek Kebaya, Isabella, Samson Delaila, Sutera Maya serta filem Nana Tanjung 2 dan Otai.

Pemilik nama Izreen Azminda Mohd. Aznam, 26, itu bagaimanapun tidak kisah walaupun sering diberikan watak-watak antagonis asalkan survivalnya dalam dunia lakonan tidak tergugat.

Terbaru, buat kali pertamanya dia ditawarkan watak wanita yang bertanggungjawab. Diberikan karakter lembut, bertudung dan baik sebagai Cikgu Zakiah dalam drama Juvana nyata membuatkan Izreen tidak senang duduk.

Namun, atas bakat yang disandarkan, Izreen telah berusaha gigih menjiwai watak seorang guru kaunseling yang penuh dengan kesopanan biarpun dia mengakui bahawa agak sukar dibawakannya.

“Walaupun sudah empat tahun saya berlakon, inilah kali pertama saya ditawarkan dengan watak wanita lemah-lembut.

“Ia memang sangat sukar kerana berbeza dengan perwatakan saya yang sebenar dan sangat berat untuk dijayakan,” katanya.

Ingin tampil dengan penuh penghayatan, Izreen membuat kajian terperinci mengenai watak wanita baik agar dilihat kena dengan karakter Cikgu Zakiah.

“Saya belajar menghayati watak wanita baik melalui drama-drama tempatan. Lagipun, ia kontra dengan sifat saya yang sedikit kasar.

“Saya suka lakonan Noorkhiriah. Saya juga banyak belajar daripada lakonannya dan drama-drama lain,” katanya yang ditemui ketika pelancaran drama Juvana di Melaka baru-baru ini.

Petikan dari kosmo

This entry was posted in Lirik Melayu and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Biodata Izreen Azminda (Cikgu Zakiah)

  1. hafizmajdi says:

    cikgu zakiah mmg lawa orgnye…..(izreen azminda)

  2. teha peacez says:

    not bad ,, hurmm..

  3. almnko says:

    cantik skali izreen…bila leh jumpa dia ni

  4. AZIE says:

    kurus lah izreen sekarang… boleh sya thu die makan ape ek..????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>