Biodata Aeril Zafrel

Biodata Aeril Zafrel

NAMA: Suhairil Suhari
PANGGILAN KOMERSIAL: Aeril Zafrel
TARIKH LAHIR: 2 Disember 1988
USIA: 22 tahun
ZODIAK: Sagittarius
KARIER: Pelakon, model
STATUS: Bujang
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
DRAMA: Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi, Kita, Senja Permai, Durja Ningsun dan Klik
FILEM: Aku Tak Bodoh

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari antara pelakon muda yang menjadi pujaan perhatian ramai selain menjadi rebutan produser dan pengarah.

Namun pada saat namanya meniti puncak populariti, kegembiraan itu tidak dapat dikongsikan bersama insan paling yang paling dirinduinya, siapa lagi kalau bukan orang tuanya. Tahun lalu, Aeril kehilangan kedua-dua orang tuanya yang mengidap kanser. Ayahnya, Sunari Sulaiman pulang ke rahmatullah pada awal tahun berkenaan sementara ibunya menyusul Disember kemudian.

“Saya anggap ini sebagai takdir dan sudah bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Tidak dinafikan perasaan saya sangat sayu mengenangkan ayah dan ibu tidak sempat melihat perkembangan kerjaya saya.

“Sewaktu berlakon dalam filem Aku Tak Bodoh dulu, saya pernah berniat untuk membawa arwah mak dan ayah menonton filem itu tapi tak sempat kerana ayah meninggal ketika saya masih menjalani penggambarannya.

“Sedih sangat sebab ayah orang yang paling gembira apabila mendapat tahu saya menjadi pelakon dan berbanding mak. Ayah paling ‘supportive’.

“Masa itu saya anggap ia bukan rezeki ayah dan berjanji macam mana sekalipun saya akan bawa mak menonton filem itu tapi takdir menentukan mak pula pergi meninggalkan saya sehari sebelum Tayangan Perdana Aku Tak Bodoh.

“Ketika itu hanya Allah SWT saja yang tahu perasaan saya dan kerana mereka jugalah saya kuatkan hati untuk terus berlakon.

“Walau bagaimanapun, saya sedikit lega kerana mak pernah melihat lakonan saya di TV dulu dan pernah memberi komen untuk saya memperbaiki lakonan,” katanya.

Berasal dari Batu Pahat, Johor, Aeril awalnya diperkenalkan ke bidang seni ini oleh penyanyi 1980-an, Allahyarham Khairil Khamis pada 2008 sebelum dia kembali ke rahmatullah pada Jun 2009.

This entry was posted in Lirik Melayu and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>